It is not just about the exterior image.

What's more important is feeling the beauty within each and everyone of us.

Jerneh oleh Sheila Majid bukan sekadar produk, ia merupakan falsafah saya-SELAMAT, MUDAH, HALAL & EFEKTIF.

Jerneh merupakan hasil kajian peribadi saya selama 10 tahun tentang industri kecantikan tempatan. Keselamatan merupakan isu penting kerana pasaran sekarang penuh dengan produk yang sebenarnya toksik dan merbahaya. Jerneh hanya menggunakan bahan-bahan yang SELAMAT dan semulajadi. Jerneh tidak mengandungi hasil sampingan haiwan oleh itu merupakan produk yang HALAL. Jerneh membuktikan bahawa produk semulajadi mampu memberi kesan yang EFEKTIF. Sebagai seorang ibu bekerja, masa sangat penting dan Jerneh membuat pembersihan muka MUDAH. Hanya perlu basuh dan bilas.

Jerneh merupakan produk Sheila Majid. Ia bukan sahaja berdasarkan falsafah peribadi saya malah saya juga terlibat dalam setiap langkah pembentukan produk tersebut daripada pemilihan bahan-bahan hingga ke reka bentuk pembungkusan. Bagi saya pemilihan yang paling penting ialah pemilihan rakan kongsi yang sesuai. FA Herbs bukan sahaja mengongsi falsafah saya, malah mereka mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam mengilang dan memajukan produk-produk semulajadi. FA Herbs percaya dalam pencarian saya untuk membina sebuah rangkaian produk kecantikan yang SELAMAT, MUDAH, HALAL & EFEKTIF. Setelah bekerja bersama selama 10 tahun, kami dengan bangganya memperkenalkan Jerneh oleh Sheila Majid.

Ikuti saya dalam memiliki kecantikan diri sendiri



Jerneh merupakan hasil kajian peribadi saya selama 10 tahun tentang industri kecantikan tempatan. Keselamatan merupakan isu penting kerana pasaran sekarang penuh dengan produk yang sebenarnya toksik dan merbahaya.

Setelah bekerja bersama selama 10 tahun, kami dengan bangganya memperkenalkan Jerneh oleh Sheila Majid. Ikuti saya dalam memiliki kecantikan diri sendiri~ SHEILA MAJID